Wednesday, 17 October 2012

Amalan Bagi Menajamkan Penglihatan Mata






Di sini sy ingin berkongsi satu ilmu dari tok guru saya dulu iaitu ilmu untuk menajamkan penglihatan mata dan mngurangkan rabun mata. Semua orang boleh amal terutamanya bagi yang rabun, saya tengok kawan2 sy ramai jugak yang rabun dan tepaksa menambah power 'spec mata'.. Jadi, saya tiba2 teringat ilmu yg ustaz sy ajar ni..

Jadi kawan2, masa anda semua menjawab azan, apabila terdengar laungan أشهد أن محمد رسول الله, maka hendaklah menjawabnya dan kemudiannya membaca ayat ini:

فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬


(sila rujuk surah qaf (ق) ayat yg ke 22)


Kemudian hembus dekat belakang ibu jari seperti dlm gambar, lepas tu, gosok belakang ibu jari tu kat kedua2 mata.. (jari kanan= mata kanan, jari kiri=mata kiri)


InsyaAllah, sntiasa amalkan, akan dapat lihat perubahannya, yang penting kita sentiasa bersangka baik dengan Allah..


InsyaAllah, ni salah satu ikhtiar untuk kesihatan mata kita.
 
 
 
-agak2 sape yang rabun tak suke pakai cermin mata moh ler try,  tak payahla kita guna contect lens yg merapu2 merosakkan mata kita tu .. ishhlaaa bute mate sape yg tanggung ? hehehe...-

Tuesday, 16 October 2012

Bagaimana Jika Allah mencintai hambanya ?



Rasulullah s.a.w pernah bersabda :

"Sesungguhnya Allah s.w.t jika mencintai seorang hamba,maka Dia memanggil malaikat Jibrail dan berkata : Wahai JIbrail, aku mencintai orang ini maka cintailah dia! " Maka JIbrail pun mencintainya, lalu Jibrail mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata : "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)


 
 
 
 
- masyaAllah..luar biasa cinta dari Allah buat kita u_u , Allah Allah Allah.. -

Saturday, 13 October 2012

Petua Menghalau Tikus






Pilihan 1: Ambil beberapa helai daun durian belanda dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan binatang tersebut. Letakkan juga di dalam almari makanan.

Pilihan 2: Letakkan beberapa biji buah kepompong muda atau masak di tempat yang selalu didiami oleh tikus.

Pilihan 3: Letakkan perangkap tikus (perangkap jaring atau gam tikus) di laluan yang sering dilalui oleh tikus.

Pilihan 4: Taburkan kawasan yang disyaki tempat laluan tikus dengan lada hitam atau black pepper. Tikus akan lari.

Pilihan 5: Tanam pokok durian belanda dan Guna daun durian belanda.Caranya letakkan beberapa helai daun di tempat yang selalu terdapat tikus.Gantikan daun itu selepas 2 atau 3 hari sekali. Tikus tidak akan datang lagi.

Pilihan 6: Bela kucing (bukan kucing makan friskies)

Pilihan 7: Bela burung hantu (jika anda tinggal berhampiran sawah padi)

Pilihan 8:Taburkan serbuk lada Hitam di tempat ada tikus atau laluan tikus.

Pilihan 9: Buah jering dan Tangkai jering. (Letak di lokasi tikus selalu berkumpul)

Pilihan 10: Perangkap seekor tikus hidup-hidup, gunakan perangkap berumpankan ikan masin. Jika berjaya dapat, kurung ia 2-3 hari dalam stor atau bilik air atau tempat tertutup. Beri minum sahaja. Kemudian, pada hari keempat bawa ia keluar dan beritahu kepadanya dengan suara yang kuat : "Jangan datang rumah aku lagi, kalau tidak.. aku kurung kau lagi. Ia tidak akan datang lagi bersama cucu dan bapa mertuanya serta besan dan ipar duainya.


NOTA:
a. Kaedah halau tikus sebenarnya mudah, iaitu bela kucing. Pesawah padi biasanya sengaja tidak membunuh ular sawa di sawah padi walaupun mereka tahu ular memberi bahaya, tetapi ular sawah padi juga memberi manfaat. Jangka hayat tikus ialah selama 2-3 tahun.

b. Tikus rumah ialah haiwan yang tidak tahu berenang tetapi boleh terbang (melompat) dari satu tempat ke tempat lain. Tikus mampu melahirkan anak sehingga lapan ekor dan mengawan 4 kali setahun. Ini bermakna ia mampu mempunyai anak sekitar 30 ekor dalam setahun.

c. Apabila terdapat tikus di rumah anda, jangan lupa simpan makanan, pinggan, mangkuk, belanga, kuali dan apa sahaja peralatan memasak dan peralatan makanan di dalam rak yang tertutup. Ini kerana kencing dan najisnya mampu memberi mudarat kepada kita.



sumber : ensaiklopedia petua lama







-umah aku giler byk/byk giler tikus ok! sebel je tgk tikus2 ni berkejar-kejaran. ihateutikusdanseumpamanya!!!!!!-

Friday, 12 October 2012

Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-fatihah

Asslammualaikum..

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
"Membaca Fatihah pahalanya seperti sepertiga Al-Quran"

Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:
"Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan

"Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin."
                        Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.
                        Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca 'Al-Fatihah' diwaktu hendak tidur, Surah 'Al-Ikhlas' sebanyak 3 kali dan Mu'awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.
  • Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:
          "Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku..........."
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:
          "Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati........"
Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab 'Qaddasallaahusirrahu':
"Siapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surat Al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis sembahyang Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan hajatnya kepada Allah s.w.t."
  • Surat Al-Fatihah boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali.
  • Ikhtiar mengubati penyakit : Baca SurahAl-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan, allu diminum, Insyaallah menjadi sembuh.
  • Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci dan diminumkan kepada sisakit, maka dengan iradah Allah s.w.t. ia akan sembuh.
  • Ikhtiar menghilangkan sifat pelupa: Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t.
  • Mengubati sakit disebabkan oleh sengatan kala: Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh.
  • Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Untuk dirinya sendiri = letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:
           "Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".
  • Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali:
           "Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".
  • Adapun faedah dan khasiat dari Surah Al-Fatihah ialah menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w."
"Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:
  • Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.
  • Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
  • Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:
          "Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang."
  • Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali.
  • Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:
           "Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan".




-ya Allah.. Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang T_T -

Maksud Surah Al-fatihah

Assalammualaikum..

Kita selalu membaca al-fatihah, tp kita tahu tak mksd pe yg kita baca ?
ruginya kita andai hanya menyebut tanpa tahu mksdnya..

Jom kita sama2 baca al-fatihah sambil memahami mksdnya!




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
1. Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam
2. yang Maha Pengasih Maha penyanyang
3. (yang) menguasai hari pembalasan
4. Hanya kepadaMu kami menyembah dan hanya kepadaMu kami mohon pertolongan
5. Tunjukkan kami jalan yang lurus jalan yang Engkau telah beri nikmat dan bukan jalannya yang Kau murkai atas mereka dan bukan jalan org2 tersesat


Susah nak ingat jugak ? meh kita dengar lagu ni.
 
hikhikhik.. no more alasan kalu tak hafal ekkk..




-jgn pulok nyanyi lagu ni masa solat :D -

Thursday, 11 October 2012

Solat Sunat Taubat

Setiap hari/setiap masa kot kita lakukan dosa tanpa sedar, bila2 masa jugak nyawa kita akan di ambil.. Sempat tak kita bertaubat ? ??

Islam ini mudah, sentiasa memudahkan..

Syarat-syarat taubat :
  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba


nah! aku share cara mudah bagi solat taubat.

 1.  Niat Solat Sunat Taubat:

.
2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas
.
3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua, bacalah Tasbih berikut 40 kali:
“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
.
4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar:


“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
sumber : syafiqalbu




nak cara lagi mudah ?  



Panduan asaa solat taubat bagi beginner

 sumber : Muhammad Rusydi


-korang bolela subscribed Muhammad Rusydi ni kat fb dia, byk ilmu dia share-

Da lama tak bukak. semputtttt~~~~

Assalammualaikum.
Waalaikumsalam... (jawab  sendiri. sebab bukan ada yang baca punkan... kahkahkahkah!! ok tak kelakar -_-)

hi! aku perkenalkan diri, aku Mar Umira(nama glamer u'ollssss ).. panggil Mar je pun ok.
Aku bosan bole ? da hampir setahun aku dok bercucuk tanam anggur kat umah tanpa sebarang aktiviti berfaedah dan sehat, adalah lebih baik aku berkongsi/meluahkan/menumpahkan ilmu dan sedikit sebanyak pengetahuan yg aku kutip kat dunia ni. bole ? pahala wOoooo.. untuk rujukan aku jugak balik nnt. hehe..
Selama ni aku juz baca n baca tanpa berkongsi pun apa yang aku baca dan tahu dgn org, aku maluuuuu! ok tettt!!!
 
akan aku jadikan blog ni cabang ilmu/pengetahuan utk umum.. cehh2 >.<


Dengan ini aku merasmikan dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim...

-Ok gile semput terkial2 aku nak bukak nk mencari mengorek blog ni-